KUALA LUMPUR: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, Ampang pada Sabtu lepas, ditemukan di bawah timbunan batu-bata petang tadi.
Ketua Zon 4 (Hulu Langat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan pada kira-kira 5.10 petang.
Beliau berkata bomba menemukan mayat berkenaan pada jarak 400 meter dari lokasi kejadian dan 100 meter dari Pos Kawalan Bomba.
"Pada mulanya kami telah korek kawasan yang dikenal pasti ada mayat, namun tidak jumpa.
"Selepas empat kali laungan azan dibuat, tidak lama kemudian anggota saya melihat ada lalat hurung di lokasi berkenaan dan ketika itulah kami dapat petunjuk lalu mula menggali semula dan menemukan tubuh kanak-kanak itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.
Shahrin Yusmar berkata tubuh kanak-kanak berkenaan sempurna, tidak reput dan hanya kulit sahaja yang mula melepuh di beberapa bahagian anggota badan.
Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kedua itu sedikit mencabar apabila terdapat tanah runtuh semalam.
"Alhamdulillah, hari ini keadaan cuaca juga baik dan tidak hujan mempermudahkan urusan kami menemukan mayat kanak-kanak lelaki berkenaan," katanya sambil menambah operasi SAR ditamatkan secara rasmi pada 6.30 petang.
Menurutnya mayat kanak-kanak itu akan dibawa ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat.
Pada Sabtu lepas, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dipercayai hanyut dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang, di sini.
Mangsa yang lemas dikenali sebagai Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan manakala mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Muhammad Riqullah Mohd Shafie berusia 10 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023
Suasana pilu menyelubungi kawasan tebing Sungai Kemensah apabila mayat Muhammad Riqullah ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini. - Gambar/ Bernama
Jet pejuang F-16 RSAF terhempas, juruterbang diberi rawatan
Menurut kenyataan MINDEF, juruterbang terbabit bertindak mengikut prosedur kecemasan, dan berjaya keluar dari pesawat tersebut.
14 termasuk remaja bawah umur didakwa merusuh dengan parang, anggotai 'Geng 24'
Sekumpulan 14 lelaki termasuk tiga remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan merusuh dengan senjata.
Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli sakit paru-paru dapatkan rawatan
Pesakit mengalami batuk dan selesema berlarutan selama dua hari diiringi ibunya Tini Alang, 34, menaiki pesawat jenis Mi-17-IV.
Mat Yo doa kesembuhan faisal halim, sifatkan pemain lincah
Bekas penyerang kebangsaan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo mendoakan rakan seperjuangannya, Faisal Halim diberi kesembuhan dan dapat beraksi semula di padang di masa akan datang.
Keadaan Faisal Halim semakin baik, tidak sabar kembali berlatih
Keadaan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim semakin baik selepas menjalani pembedahan kedua pada Selasa malam.
[TERKINI] Insiden Safiq tiada kaitan kes Faisal, Akhyar - Polis
Polis percaya insiden serangan kereta permain JDT, Safiq Rahim tiada kaitan dengan dua insiden membabitkan pemain bola sepak sebelum ini iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, Zizie Izette - Pendakwaan
Pendakwaan berkata, hakim itu terkhilaf dalam menjalankan bidang kuasa semakan, selepas keputusan prima facie Mahkamah Sesyen yang memberikan penilaian maksimum di peringkat pendakwaan.
Saifuddin nafi pengurusan tertinggi FAM bakal jadi sasaran serangan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal jadi sasaran serangan.
Siti Dhia Batrisyia ditemui selamat - Ibu
"Allahuakbar... Allah Maha Besar."
Tragedi kepala air Kampung Poh: Seorang lagi ditemui, tiga kanak-kanak masih hilang
Kakak kepada mangsa Aslinda Bani berusia 38 tahun dan anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi yang berusia 11 tahun terselamat.
Insiden kepala air: Wanita maut, 3 kanak-kanak dikhuatiri hilang di Bidor
Seorang wanita maut manakala tiga lagi kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam insiden kepala air ketika mereka berkelah di Sungai Kampung Poh.
Kanak-kanak UK hilang sejak 6 tahun lalu dijumpai di Perancis
Seorang kanak-kanak lelaki warga Britain yang ditemukan di Perancis selepas dipercayai dilarikan ibu kandungnya enam tahun lalu menyatakan hasrat untuk bertemu neneknya.
710 kes kanak-kanak hilang sejak Januari hingga November
Sebanyak 710 kes kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dilaporkan hilang bermula Januari sehingga November tahun ini.
'Zayn Rayyan banyak habiskan masa di rumah'
Zayn Rayyan Abdul Matiin bukan kanak-kanak bermasalah dan kebanyakan masa hanya dihabiskan di rumah.
Polis cari saksi boleh bantu kes Zayn Rayyan
Polis juga turun semula ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak malang itu untuk mencari bahan bukti yang dapat membantu siasatan kes tersebut.
Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh
Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia pada malam Rabu disahkan mati dibunuh.
Polis akan ambil keterangan ibu bapa, jiran Zayn Rayyan
Polis akan mengambil keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kematian kanak-kanak autisme itu.
Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai mati mengejut - Polis
Polis klasifikasi kematian Zayn Rayyan sebagai mati mengejut sehingga prosedur bedah siasat selesai untuk menentukan punca kematian.